Tuesday, 11 October 2016

Perkongsian Menghadiri Temuduga IPG



Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sehati Sejiwa πŸ˜„πŸ˜„

Insyallah pada ruangan kali  ini "saya" akan berkongsi sedikit Tips dan Pengalaman "saya" ketika menghadiri Temuduga Calon Guru IPGM  bagi tahun 2015 dan 2016 yang lalu. Sebenarnya, aku :) adalah insan yang tergerak hati untuk  memohon IPG buat  kali yang  kedua.. hahahha bkpe tu?? sebabnya Permohonan IPG  pada tahun sebelumnya iaitu 2015 tidak berjaya kerana gagal di peringkat Temuduga face to face. Ada geng x?? hahaha.. aku yakin dan percaya  mungkin bukan rezeki aku lagi nak belajar kt IPG ni. Betul la, kalau sememangnya rezeki kita disitu takkan kemana jugak kan…

 Disebabkan permohonan aku dalam temuduga  kali pertama gagal, aku buat pilihan sama ada nak sambung pelajaran di peringkat STPM SMAP LABU (SBT), Negeri Sembilan ataupun menyambung pelajaran  ke  peringkat Diploma dalam bidang  Syariah di Unisza, Kuala Terengganu. Alhamdulillah, pilihanku tepat :) aku pilih untuk belajar di Peringkat STPM di SMAP Labu dan sempat belajar di sana selama 2 Semester sahaja iaitu bermula Jun 2015 hingga Jun 2016 yang lalu...kalau nak citer pengalaman aku kat sana ni memang x habis ni……. okkk dahh tu..panjang pulak ..hahaha...πŸ˜‚πŸ˜‚

Walaupun gagal temuduga 2015 yang lalu dan Alhamdulillah, mak ayah aku bg sokongan padu untuk mohon temuduga yang kedua ni (tahun lepas). Akhirnya, ada rezeki jugak untuk kali kedua nak belajar disini. First iv UKCG (2015) aku dapat dekat IPG Kampus PendidikanTeknik, Bandar Enstek Negeri Sembilan n then llus panggilan untuk temuduga di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu (kat sini yang fail interview ni) hahahhaha… Second iv (2016) tu dapat dekat IPG Kampus Raja Melewar, N9 dan Alhamdulillah, llus jgak untuk panggilan temuduga di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Akhirnya, Alhamdulillah, llus keseluruhan temuduga kali kedua ni dan diberi penempatan di Kampus Dato’ Razali Ismail….mana tipsnya?? Hahah sabaq2 ..

Okay.. sebelum menghadiri temuduga, calon-calon dan bakal-bakal guru sendiri perlu membaca Isu-Isu semasa berkaitan dengan  Pendidikan. Selain tu, jangan lupa membuat persediaan dengan soalan-soalan yang biasa ditanya oleh Penemuduga seperti:
  • -Sebab memilih IPG
  • - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • -Menteri Pendidikan
  • -Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
  • - Tema Hari Guru pada tahun tertentu
  • -Nama Menteri-Menteri Pendidikan
  • -kelebihan jadi guru
  • - dan macam2 lagi…

Malam sebelum temuduga pastikan borang-borang yang diperlukan oleh pihak URUSETIA PENEMUDUGA seperti  sijil-sijil asal,ic,sjil lahir,sjil berhenti skolah dan perkara yang berkaitan ada. Calon juga pastikan membawa dan mengesahkan salinan sijil tersebut  oleh penjawat awam yang diiktiraf dan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, dan ramai lagi laa... ermm tapi aku sahkan salinan sijil tu dengan Pengetua kat SMAP Labu tu je... n then sijil tu korang kena letak dalam satu fail/folder yang sesuai( susun ikut tahun dan tertinggi) manakala salinan-salinan sijil tu dikepilkan bersama( guna clip ke) sebab nanti yang itulah akan diserahkan kepada penemuduga di akhir sesi dan susun mengikut tahun semasa hinggalah tahun-tahun berikutnya  dan utamakan sijil-sijil  yang tertinggi yang korang rasa penemuduga tu akan syokk nak pilih korang ... pastu pastikan  borang-borang  maklumat diri(yang korang print tu) telah, pernyataam hasrat dan mcm2 lagi tu diisi siap-siap n jangan lupa  tampal gambar pada borang maklumat diri tu. Kalau anda gagal?? jngan tanya sebab apa aku gagal iv hari tu.. hahah  

Tambahan lagi, kalau bab pakaian cmne erk ?? semua dh tau kot mcm mne pakaian formal kan.. Kalau lelaki, kalau boleh cari baju kemeja warna cerah (warna putih kalau boleh) dan  ber”tie”. Nak kemas lagi, pkai blazer... Kalau perempuan mcm biasa jgak baju kurung dan bertudung(bagi orang Islam). Pakaian pun first impression penemuduga dkat kita..so, pilih pkaian yg ssuai..

Hari Temuduga tu datang awl pagi supaya tidak gelabah. sebelum msuk ke dalam bilik iv bersalam dulu dgan family tu n berkenal-kenalan dengan ahli group yg akan ditemuduga skjap lagi..anggap jer mereka tu mcam adik-beradik kita...

Bagi calon yang mengambil subjek Pendidikan Islam/Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani dan  Muzik akan ada dua sesi temuduga iaitu sesi temuduga amali dan juga sesi temuduga face to face So, Buat yang terbaik sebab markah bagi kedua-dua akan dicampur sekali. Untuk pengetahuan anda juga, format terbaru ni dah x de temuduga individu, malah akan dijalankan secara berkumpulan. Secara berkumpulan ni lah, penemuduga nak tengok macam mane perbincangan kita dalam kumpulan siapa yang paling menonjol, siapa yang pendiam, siapa yang cakap bnyak n x bagi peluang kt orang lain brcakap, siapa yang x suka dengar pendapat orang lain, siapa yang kelaut..hahahah…yang penting bagi peluang kepada orang lain utk brcakap jugak terutamanya masa sesi perbincangan (dalam group). Kalau nak hidupkan lagi sesi perbincangan kita tu, kita tanyakan soalan( yang senang2) kepada ahli group yang kurang bercakap. Last sebelum habis sesi tmuduga tu, kalau boleh( kita wakil ahli kumpulan) ucap terima kasih@syukran kpda penemuduga kita….  

 WALLAHUA'LAM... :)

#timeinterview dulu, kami seramai 7 orang.. 3 lelaki dan 4 perempuan..semuanya kos yang sama..Alhamdulillah, sesi interview tu kami dapat penemuduga yang simple jerr, x cerewet..haha .. Kami jejaka bertiga sahaja yang lulus sesi Temuduga sesi tu iaitu Alif, Afiq dan tuan Empunya blog ni. Mereka berdua sekarang ni ad di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan aku sorang jerr kt sini.
#maafkalau ada tersinggung mana-mana pihak
So, itu shaja sdikit prkongsian daripada saya, semoga bermanfaat untuk sahabat2 yang akan menghadiri temuduga tidak lama lagi tu.. Insyallah, buat yang terbaik.. sirru ‘ala Barakatillah ..

ada apa-apa pertanyaan brkaitan iv IPG boleh direct wasap (0196391355)
Doakan semoga  hamba Allah yang kerdil ini dipermudahkan segala urusan pembelajaran disini,

GURU PELATIH PPISMP PAI SEM 2

IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU




Ni jejaka-jejaka idaman wanita time form 6 dulu.. .hahaha 
minggu orientasi kami-dalam bulan puasa-..boleh tahan jgak..haha
Ni lepas habis sesi temuduga....muka x bersalah..hahahah




2 comments:

  1. Assalamualaikum..sya dpt interview kli kedua lm bidang bahasa melayu..kne speaking lm b.i untuk explain masa diorg tunjuk video tu?n lps tu diorng akn bgi group untk bt kt krtas mahjung ke? :)nerveous ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam saudari..terima ksih kerana singgah di blog ni.. Tahun 2015 ad tnjuk vdeo then kita kena hurai tapi kalau iv thun lepas (2016) dh x de.. IPGM ubah format baru.. dye bagi sesuatu dialog@situasi then kita kene selesaikan samada buat persembahan, nyanyi,brsajak, brlakon dan sbagainya lg..based on penemuduga la..x yah nervous..enjoy jerr... :)

      Delete

Perkongsian Menghadiri Temuduga IPG

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sehati Sejiwa πŸ˜„πŸ˜„ Insyallah pada ruangan kali  ini "saya" akan berkongsi sedikit Tips ...