Assalamulaikum
w.b.t. dan Salam Sehati Sejiwa 😄😄
Insyallah
pada ruangan kali ini "saya" akan
berkongsi sedikit Tips dan Pengalaman "saya" ketika menghadiri Temuduga Calon Guru
IPGM bagi tahun 2015 dan 2016 yang lalu.
Sebenarnya, aku :) adalah insan yang tergerak hati untuk memohon IPG buat kali yang
kedua.. hahahha bkpe tu?? sebabnya Permohonan IPG pada tahun sebelumnya iaitu 2015 tidak berjaya
kerana gagal di peringkat Temuduga face to face. Ada geng x?? hahaha.. aku
yakin dan percaya mungkin bukan rezeki
aku lagi nak belajar kt IPG ni. Betul la, kalau sememangnya rezeki kita disitu
takkan kemana jugak kan…
Disebabkan permohonan aku dalam temuduga kali pertama gagal, aku buat pilihan sama ada
nak sambung pelajaran di peringkat STPM SMAP LABU (SBT), Negeri Sembilan
ataupun menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang Syariah di Unisza, Kuala Terengganu.
Alhamdulillah, pilihanku tepat :) aku pilih untuk belajar di Peringkat STPM di
SMAP Labu dan sempat belajar di sana selama 2 Semester sahaja iaitu bermula Jun
2015 hingga Jun 2016 yang lalu...kalau nak citer pengalaman aku kat sana ni memang
x habis ni……. okkk dahh tu..panjang pulak ..hahaha...😂😂
Walaupun
gagal temuduga 2015 yang lalu dan Alhamdulillah, mak ayah aku bg sokongan padu
untuk mohon temuduga yang kedua ni (tahun lepas). Akhirnya, ada rezeki jugak
untuk kali kedua nak belajar disini. First iv UKCG (2015) aku dapat dekat IPG
Kampus PendidikanTeknik, Bandar Enstek Negeri Sembilan n then llus panggilan untuk
temuduga di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu (kat sini yang
fail interview ni) hahahhaha… Second iv (2016) tu dapat dekat IPG Kampus Raja
Melewar, N9 dan Alhamdulillah, llus jgak untuk panggilan temuduga di IPG Kampus
Pendidikan Islam, Bangi. Akhirnya, Alhamdulillah, llus keseluruhan temuduga
kali kedua ni dan diberi penempatan di Kampus Dato’ Razali Ismail….mana
tipsnya?? Hahah sabaq2 ..
Okay..
sebelum menghadiri temuduga, calon-calon dan bakal-bakal guru sendiri perlu
membaca Isu-Isu semasa berkaitan dengan Pendidikan. Selain tu, jangan lupa membuat persediaan
dengan soalan-soalan yang biasa ditanya oleh Penemuduga seperti:
- -Sebab memilih IPG
- - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- -Menteri Pendidikan
- -Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
- - Tema Hari Guru pada tahun tertentu
- -Nama Menteri-Menteri Pendidikan
- -kelebihan jadi guru
- - dan macam2 lagi…
Malam
sebelum temuduga pastikan borang-borang yang diperlukan oleh pihak URUSETIA
PENEMUDUGA seperti sijil-sijil asal,ic,sjil
lahir,sjil berhenti skolah dan perkara yang berkaitan ada. Calon juga pastikan
membawa dan mengesahkan salinan sijil tersebut oleh penjawat awam yang diiktiraf dan
ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, dan
ramai lagi laa... ermm tapi aku sahkan salinan sijil tu dengan Pengetua kat SMAP
Labu tu je... n then sijil tu korang kena letak dalam satu fail/folder yang
sesuai( susun ikut tahun dan tertinggi) manakala salinan-salinan sijil tu dikepilkan
bersama( guna clip ke) sebab nanti yang itulah akan diserahkan kepada
penemuduga di akhir sesi dan susun mengikut tahun semasa hinggalah tahun-tahun
berikutnya dan utamakan sijil-sijil yang tertinggi yang korang rasa penemuduga tu
akan syokk nak pilih korang ... pastu pastikan
borang-borang maklumat diri(yang
korang print tu) telah, pernyataam hasrat dan mcm2 lagi tu diisi siap-siap n
jangan lupa tampal gambar pada borang
maklumat diri tu. Kalau anda gagal?? jngan tanya sebab apa aku gagal iv hari
tu.. hahah
Tambahan
lagi, kalau bab pakaian cmne erk ?? semua dh tau kot mcm mne pakaian formal
kan.. Kalau lelaki, kalau boleh cari baju kemeja warna cerah (warna putih kalau
boleh) dan ber”tie”. Nak kemas lagi,
pkai blazer... Kalau perempuan mcm biasa jgak baju kurung dan bertudung(bagi
orang Islam). Pakaian pun first impression penemuduga dkat kita..so, pilih
pkaian yg ssuai..
Hari
Temuduga tu datang awl pagi supaya tidak gelabah. sebelum msuk ke dalam bilik
iv bersalam dulu dgan family tu n berkenal-kenalan dengan ahli group yg akan
ditemuduga skjap lagi..anggap jer mereka tu mcam adik-beradik kita...
Bagi
calon yang mengambil subjek Pendidikan Islam/Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani
dan Muzik akan ada dua sesi temuduga
iaitu sesi temuduga amali dan juga sesi temuduga face to face So, Buat yang
terbaik sebab markah bagi kedua-dua akan dicampur sekali. Untuk pengetahuan
anda juga, format terbaru ni dah x de temuduga individu, malah akan dijalankan
secara berkumpulan. Secara berkumpulan ni lah, penemuduga nak tengok macam mane
perbincangan kita dalam kumpulan siapa yang paling menonjol, siapa yang pendiam,
siapa yang cakap bnyak n x bagi peluang kt orang lain brcakap, siapa yang x
suka dengar pendapat orang lain, siapa yang kelaut..hahahah…yang penting bagi
peluang kepada orang lain utk brcakap jugak terutamanya masa sesi perbincangan (dalam
group). Kalau nak hidupkan lagi sesi perbincangan kita tu, kita tanyakan
soalan( yang senang2) kepada ahli group yang kurang bercakap. Last sebelum
habis sesi tmuduga tu, kalau boleh( kita wakil ahli kumpulan) ucap terima
kasih@syukran kpda penemuduga kita….
WALLAHUA'LAM... :)
#timeinterview
dulu, kami seramai 7 orang.. 3 lelaki dan 4 perempuan..semuanya kos yang
sama..Alhamdulillah, sesi interview tu kami dapat penemuduga yang simple jerr,
x cerewet..haha .. Kami jejaka bertiga sahaja yang lulus sesi Temuduga sesi tu
iaitu Alif, Afiq dan tuan Empunya blog ni. Mereka berdua sekarang ni ad di IPG
Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan aku sorang jerr kt sini.
#maafkalau ada
tersinggung mana-mana pihak
So, itu shaja
sdikit prkongsian daripada saya, semoga bermanfaat untuk sahabat2 yang akan
menghadiri temuduga tidak lama lagi tu.. Insyallah, buat yang terbaik.. sirru ‘ala
Barakatillah ..
ada apa-apa
pertanyaan brkaitan iv IPG boleh direct wasap (0196391355)
Doakan semoga hamba Allah yang kerdil ini dipermudahkan
segala urusan pembelajaran disini,
GURU PELATIH PPISMP PAI SEM 2
IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU
Ni jejaka-jejaka idaman wanita time form 6 dulu.. .hahaha |
![]() |
minggu orientasi kami-dalam bulan puasa-..boleh tahan jgak..haha |
Ni lepas habis sesi temuduga....muka x bersalah..hahahah |